my buddies

Monday, November 3, 2014

Misi Mencari Laskar Pelangi Part 11

Kesinambungan route untuk ke Belitung. Kena faham betul-betul route dia sebab kalau dekat sana korg baru nak faham memang kelaut lah. Sebab kitorg pun hampir kelaut sebab hampir tak dapat feri untuk balik semula ke Palembang. Hohohhoi. 

Untuk ke Pulau Belitung cuma ada satu feri je yang akan masuk dari Palembang iaitu 'Feri Ekspress Bahari'. Yang lain cuma sampai Muntok. Korg boleh jugal lah nk naik feri lain tapi nanti sampai Muntok korg kena beli tiket lain untuk ke Belitung dan sangat leceh kan? So aku punya suggestion beli tiket Ekspress Bahari Palembang-Pulau Belitung (returns sbb dapat diskaun and beli tiket esklusif nnt dia bagi makan sekali). 

And paling penting korang kena tengok jadual feri betul-betul sebab kitorg hampir terkandas dekat Pangkalan Balam sebab tak tau yang feri untuk ke Muntok ada kul  7am sahaja! Dari Belitung ke Muntok pun dah amik masa 3jam dari kul 7-10am baru sampai so tak pasal kitorg kena stay Pulau Bangka satu malam dan esoknya kena amik bas dari Pulau Bangka ke Muntok untuk kejar feri ke Palembang. Tapi pengalamn tu best arr and xpasal dapat jalan Pulau Bangka. Hehe. Oh,kitorg stay dekat backpackers hostel for free sebab jumpa member bekpek bangka. Fuh selamat hehe. Dorg siap bwk pusing bangka lagi hokei. 

Route:
Dari Palembang naik jetfoil dia korg akan terus ke Muntok selama 3 jam. 

Sampai je Muntok terus keluar dari pelabuhan tu dan amik travel/kereta yang tulis Ekspress Bahari dan kereta akan hanta untuk ke pelabuhan pangkal pinang untuk kejar next feri ke Belitung selama 3jam lagi hokei. ( sebab tu aku pesan beli tiket returns Palembang-Belitung sebab dia dah siapkan pakej xyah korg nak cari tiket kereta lagi and kompem akan sempat kejar feri lagi satu)

Last skali bila smpai je dekat Pangkal Pinang korg kena byr duit fiskal dulu (7000idr) dekat kaunter depan and baru leh naik feri ke destinasi terakhir iaitu Pulau Belitung. Ini pun ambil masa selama 3-5jam dan masa nie memang dah mabuk laut tahap WIN sangat hahahh. 

Sampai je Belitung dan ada member sana tinggu. Masa ni memang macam nak melompat2 dah sebab dah smpai. Childish sangat. 

Nantikan part III untuk sambungan Misi Mencari Laskar Pelangi. Tunggu aku rajen sket eh. Erm erm ermm zass. 

Sekian,
Gadis Dan Backpackers. 

mutiara kata

Katakanlah: “Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah Bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) Dalam bentuk kejadian Yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Surah Al-’Ankabut: 20


Travel through the earth and see how Allah did originate creation; so will Allah produce a later creation: for Allah has power over all things.

Al- Ankabut :20