my buddies

Tuesday, October 21, 2014

Misi Mencari Laskar Pelangi Part 1

Cerita Indonesia selalu sangat buat aku jadi hilang kawalan dan gilaa selama duration menonton 1Jam 15minit. Akibat telah menjadi sewel aku terus decide untuk create Misi Mencari Laskar Pelangi yang aku kira-kirakan adalah last minute plan tanpa ada teman bekpek la pada awalnya tapi akhirnya secara last minit jugaklah ada sorg budak FBC yang pm ala-ala gadis suci yang nak join dan kami telah kamceng sampai sekarang hokei. 


Aku pun gigih menggunakan encik gugel sebab nak tau lokasi sebenar cerita ni kat mana dan akhirnya baru aku menyedari kewujudan Pulau Belitung ni haha noob gila sekian! 

Ada dua option kalau nak ke Pulau Belitung samada melalui jalan udara atau air bergabung darat kekdahnya. 

First option naik flight dari Kuala Lumpur dan turun di Jakarta. Kemudian naik local flight dia mcm Sriwijaya or Citilink untuk terus sampai ke Tanjung Pandan iaitu Pulau Belitung. I tell you kos agak tinggi so ktorg decide untuk guna second option iaitu jalan laut bergabung darat dan pahit maung getir sakit pungkok kami pun bermula. 9 jam baru sampai baq ang! Tapi second option sangat jimat dan korg boleh mix dengan local people sana. 

Kitorg naik Airasia dari KLIA2 (masa tu still lcct,so post nie adalah post basi senanya hahah) dan turun dekat Palembang. Dekat Palembang dah ada member bekpeker indonesia tunggu untuk bawak round palembang dan hanta ke hotel. Kitorg contact melalui FB( which is truely connecting people sangat auw auw). 

Btw melalui pembacaan aku dari blog2 kitorg dapat tau yang Palembang ni terkenal dengat pukau so bahaya jugak. Nasib baik jumpa member bpi so rasa selamat lah heheh. 

Malam tu jugak Yudi dan Riki bawak kitorg pusing Palembang and terus ke bandar dia untuk beli tiket feri (jetfoil). Payah jugak nak komunikasi masa nk beli tiket tu sebab tak paham route dia. Nasib baik Yudi yang kacak menyelesaikan masalah kami dan kitorg dapat tiket ke Belitung pada harga IDR 844,000 utk berlepas keesokan harinya. Pastikan feri tersebut dari company 'Ekspress Bahari' sebab dia jela satu-satunya yang ada perkhidmatan sampai ke Belitung. 
Feri Ekspress Bahari
              

Terminal Feri Palembang
            

    Pelabuhan Boom Baru Palembang
        
Ok nanti aku akan share route ke Belitung dengan menaiki feri ni dan akan terangkan kenapa feri amik masa sampai 9jam baru sampai. 

Sekian,
Gadis dan Backpacks


mutiara kata

Katakanlah: “Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah Bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) Dalam bentuk kejadian Yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Surah Al-’Ankabut: 20


Travel through the earth and see how Allah did originate creation; so will Allah produce a later creation: for Allah has power over all things.

Al- Ankabut :20